BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 24, 2011

macam aku rasa sekarang nih huhu

Assalamualaikum
tengok tajuk da tau apa aku nak story kan
cuak
teruja
takut (bukan sama dengan cuak ke)
nak nangis
nak ......
tapi apa apa pun aku perlu teruskan hidup aku HuHu
sebab itu pilihan aku...
kalau ada orang sayang aku mesti dia tahu apa aku rasa kan kan kan
 
unfortunately ada ke lagi HuHu
semua nya hanya ada pada Dia
 
so let wait for tommorow
HuHu
 
serius sangat mengantuk esok nak drive lagi
pas tu nak siapkan report lagi
 
nak g jalan2 lagi kat kedah
now i am back to kedah
hantar report HuHu
semoga semuanya berjalan lancar
 
AMIN
doakan saya kawan2
 
mekaseh
nite oll

Tuesday, June 21, 2011

alhamdulillah rezeki xpernah putus

Assalamualaikum readers

tengok total view mcm orang baca HaHa
pape pon selamat membaca cerita mengarut ek

tapi apa aku nak cerita kali ni fakta ek
aku berjaya tak memegang title penganggur huhu

memang murah rezeki la orang kata
habis je praktikal terus dapat kerja

as accounts assistant
aku tak kisah jawatan apa
sebaa aku memang nak mula dari bawah
aku ada target dalam hidup aku

so nantikan la next step setelah bergelar accounts assistant ni ek 
wish me success guyz
kepada kawan kawan saya yang lain teruskan usaha anda


Thursday, June 09, 2011

sekali lagi aku disakiti

Apa salah aku sampai layanan ko begitu sekali...
Apa yang aku buat yang menyebabkan kau menjadi begini...
Aku tak pernah balas setiap kekecewaan yang kau lemparkan padaku...
Aku tak pernah rasa aku ni dihargai lagi...

Entah la...
Aku ke yang bersalah atau kau yang tak mengerti...

Kesedihan sentiasa menghimpit diri aku...
Kesedihan sentiasa menjadi teman baik ku...
Bila kah kesedihan ini akan diganti...
Dengan sebuah kebahagiaan yang hakiki...

Dari : aku yang bernama perempuan

Monday, June 06, 2011

sebuah penantian yang telah terjawab

Setelah tamat tingkatn 4..
Aku berharap ada sinar antara kita di tahun hadapan...
Ternyata dengan IZin Nya...
Kau pergi dari hidupku...
Membuatkan aku tertanya2...
Kenapa perpisahan terjadi antara kita...

Ternyata kau datang jua pada suatu hari...
Di saat aku redha dengan perpisahan itu...
Kau hadir membawa sinar nya...

Kedatangan kau dengan alasan itu..
Tetap membuatku gembira...

Aku nekad memohon kemaafan atas kekhilafan aku dahulu..
Tetapi aku xseberani itu...
Keberanian ku hanya sekadar sebuah panggilan...
Bila kita bertemu...
Sinar kebencian terpancar di wajah ku...

Maafkan aku...
Aku tak mahu terluka lagi...
Aku takut dengan mainan perasaan itu...

Aku tak sekuat mana untuk menghadapi apa yang terjadi...
Aku hanya keras di luar tetapi dalaman ku lembut...

Pertemuan yang tidak disangkakan antara kita di stesen bus hari itu memang tidak ku ketahui...
Tapi aku tertanya2 apa maksud kau memberitahuku..
Hatiku terdetik bahawa kau masih menyayangiku...
Perasan nya diriku ini...

Sejak kita mula menjadi kawan...
Hampir setiap malam aku tunggu mesej dari mu...
Jika jam menghampiri lebih dari pukul 8..
Aku sudah mengerti tiada kiriman buat diriku...

Begitu ah aku seterusnya....
Setiap hari menanti kiriman SMS mu...


Dari : Aku yang bernama perempuan

Sunday, June 05, 2011

kepada siapa harus ku luahkan setiap apa yang ku rasakan

Selepas perpisahan itu terjadi aku cuba bangkit dari kekecewaan yang datang dari diriku sendiri...
Aku cuba lupakan apa sahaja antara kami...
tetapi keadaaan tidak mengizinkan...
Kerna aku dan dia merupakan teman sekelas...
Bagaimana aku ingin melupakan jika saban hari aku melihat diri nya...

Ternyata kesilapan aku terlalu besar kali ini...
Peluang yang aku dapat untuk bersama orang yang aku sayang telah aku siakan...
Aku menjadi diri ku semula...
Bangkit demi melupakan segala nya...
Hari demi hari aku berdoa semoga semua itu hanya mimpi semalam...

Aku mula belajar menerima hakikat aku bukan untuk diri nya...
Walau teman ku sering memberitahu dia sering melihatku dari jauh...
Namun aku sangkal kan dengan hati ku...
Bahawa bukan aku yang dilihat nya...

Ternyata aku perlu melalui kekecewaan yang kedua atas keboshan diri ku...
Di tengah orang ramai aku melihat dirinya dikelilingi oleh perempuan...
Hatiku menangis...
Hari itu aku hatiku merintih...
Ujian apakah yang aku terima...
Setelah aku cuba melupakan semua nya makin hampir dengan diriku...

Aku ke yang bersalah...

Setiap hari aku palingkan muka di kala Kami bertentangan...
Aku takut dengan memandang nya hati ku akan merintih...
Dan ternyata Result penggal ku menurun...
Setahun itu aku menjadi tidak tentu hala...
Aku hanya melayan perasaan ku sahaja...
Aku hanya dengan duniaku...

Adakah ada jodoh antara aku dan dia di masa hadapan...
Hanya Allah je yang MAHA MENGETAHUI...
Segala nya telah ditentukan...

Dari : aku yang bernama perempuan...

hati hanya kau yang mengerti

Aku mula mengenali cinta pada usiaku 16 tahun...
Aku mula menyimpan perasaan terhadap dia...
Aku hanya perempuan biasa yang tidak memiliki apa2 keistimewaan..
Aku hanya diri aku...
Tapi perasaan yang aku pendam rupanya didengari oleh Nya...
Sebab aku tidak pernah sesekali mengimpikan nya...
Bagi aku mungkin aku bukan untuknya...
Aku hanya diriku...
Aku cuba menjadi diri ku di saat aku di samping nya...
Ternyata hubungan pertama ku bersama nya membuat kan aku menjadi orang lain...
Tak ku sangka begitu sekali impak nya...
Tak ku sangka aku berubah hanya untuk cinta ku pada nya...

Aku menjadi seorang yang pemalu, seorang yang sopan dalam kata2, seorang yang bukan aku,
Kenapa aku begitu?
Mungkin aku merasa rendah diri kepada diri ku...
Aku hanya perempuan biasa di sekolah ku...
Pada hal dia lelaki yang digilai perempuan di sekolah ku...

Soalan pertama aku kepada diri ku...
Layak kah aku untuk diri nya...
Kerana aku tak akan memenangi hati nya jikalau dari segi rupa paras ku...
Aku hanya ada aku...

Tetapi kuasa Nya tiada siapa dapat tandingi...
Ternyata diri nya mendambakan diriku...
Aku yang hanya punya hati dan perasaan yang tulus mencintai nya...
Hanya itu yang mampu aku berikan pada nya...

Kerna aku hanya perempuan biasa...
Aku cuba jadi yang terbaik dalam hidup nya...
Tetapi apa kan daya aku tak mampu menahan hati ku dari mencemburui diri nya...
Dirinya yang digilai oleh perempuan lain...

Tetapi sekali lagi atas kuasa Nya...
Walau aku tiada rupa paras yang menawan, Tuhan cukup mengerti perasaan ku ini...
Rasa cemburu ku itu diganti dengan rasa cemburu nya terhadap sikap ku yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja...
Kerna aku adalah aku...

Tetapi aku lah punca perpisahan itu terjadi...
Aku la penyebab utama percintaan pertama ku kecundang di tengah jalan...
Kerna sikap rendah diri ku, kerna sikap cemburu ku, kerna sikap tidak mempercayai nya,
Hubungan itu berakhir akhirnya....

Di kala perpisahan itu terjadi aku mengalirkan air mata ku demi seorang lelaki...
Walau selama ini aku mempunyai ramai Kawan Lelaki or perhubungan dengan lelaki tetapi semua itu hanya cinta monyet ku semata...

Adakah dia bukan untuk ku atau aku bukan dijodohkan untuk nya...

Dari : aku yang bernama perempuan

hidup ini singkat untuk bersedih

Hidup ini memang terlalu singkat untuk bersedih...
Dah lama aku pendam apa yang aku rasa....

Aku hanya manusia biasa...
Aku ada hati dan perasan...

Aku bangkit dari kekecewaan demi kekecewaan..
Tapi aku masih dikecewakan...
Perlukah aku beri peluang lagi..
Atau aku bangkit dengan dunia yang baru...
Yang hanya ada aku...
Kawan2 aku...
Tanpa dia dalam hidup aku...

Aku dah penat untuk bersedih...
Sebab kesedihan aku tak ada guna nya...

Aku juga penat bersabar dengan manusia yang tak pernah sedar kesilapan diri..
Yang hanya nampak kesalahan orang lain....
Tak pernah memahami, menyelami hati seorang perempuan..

Yang hanya pentingkan perasaan dia...

Perasaan aku , hati aku...
Aku tak pernah ada orang lain dalam hidup aku...

Aku cuba menjadi yang terbaik dalam hidup dia dan aku...
Tapi aku je yang berusaha menjadi yang terbaik...

Aku cuba terima setiap kekecewaan yang diberi oleh dia..
Aku cubakan lupakan setiap kekecewaan yang dia beri...
Tapi setiap kekecewaan yang aku ubati sendiri dan yang makin sembuh dibalas dengan sebuah kekecewaan lagi...

Aku tak bisa baca isi hati mu...
Tak salah jika kau berterus terang padaku...
Mengelakkan salah faham demi salah faham..
Tapi kau hanya kau..
Yang tetap pentingkan diri nya..
Tanpa memikirkan perasaan orang lain...


Dari : aku yang bernama wanita...

Wednesday, June 01, 2011

tak sangka da hampir 6 bulan da =,(

ASSALAMUALAIKUM

DARI KIRI : NATRAH, IZZATI, ME & KHADIJAH
SILA ABAIKAN MUKA SAYA YANG TEMUK EK HeHe
INILAH KAWAN TRAINEE DI MALAYSIA AIRLINE SYSTEM BERHAD
DA HAMPIR 6 BULAN DA
DA NAK HABIS DA
SELEPAS NI MISI MENCARI KERJA LA PULA
ENTAH LA
ADA KE COMPANY NAK AMBIL
INILAH SUPERVISOR YANG SPORTING!!!

OUR MANAGER - COMEL KAN
HaHa

for six month in MAS, he already gives us 3 assignments
we get xperiences how to present during the meeting..
it's quite good for our training and preparation to face the real world..

THANKS TO OUR MANAGER

BIG CLAP GUYZ HeHe
(macam ada je orang baca HaHa)
SYOK SENDIRI SUDAH!!!



P/S : Berdiet dengan jaya nya pada hari ini HuHu semoga berjaya la turun kepada 65KG huhu
target ckit je HuHu